BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 13, 2012

Chelsea Hilang Piala Pertama

Perlawanan merebut piala 'Community Shield' antara Chelsea Dan Manchester City talah dimenangi oleh pasukan Manchester City. Perlawanan yang sengit dengan Man City menang dengan jaringan 3 berbalas 2.

Jaringan pembukaan perlawanan dijaringkan oleh Fernando Torres pada minit ke-40. Gol penyamaan pasukan Man City pula dijaringkan oleh Yaya Toure pada minit ke-53.

Berselang 6 minit kemudian Man City menambah satu lagi jaringan hasil sepakan padu Carlos Tevez. Gol ketiga Man City pula dijaringkan oleh Samir Nasri pada minit ke-65. Chelsea mendapat gol kedua pada minit ke-80 hasil jaringan Ryan Bertrand selepas penjaga gol Man City tidak berjaya menangkap kemas sepakan Daniel Sturridge.

Selepas tamat perlawanan, Mancity membawa pulang piala yang amat diidamkan setelah sekian lama menanti. Tahniah buat Man City dan peminat mereka.