BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 11, 2012

Semuanya Terjawab Sudah

Kini telah diumumkan bahawa penyerang muda Chelsea Romelu Lukaku akan dipinjamkan ke West Brom sepanjang musim ini. Menurut pengurus West Brom, Steve Clarke, beliau sangat mengalu-alukan kedatangan Lukaku ke dalam pasukan beliau pada musim akan datang. Lukaku akan mendapat peluang bermain dalam kesebelasan utama lebih banyak pada musim akan datang.

Lukaku akan menyarung jersi bernombor 20 dan tidak akan diturunkan sewaktu perlawanan persahabatan antara West Brom dan Nottingham Forest. Lukaku yang menjadi rebutan kelab-kelab di England untuk pinjaman telah memilih West Brom dan ini dapat sedikit sebanyak membantu West Brom dalam menghadapi musim hadapan.

Lukaku Tidak Ke Fulham?

Baru-baru ini kita dihujani pelbagai kisah mengenai penyerang muda Chelsea yang dikatakan pengganti Drogba iaitu Romelu Lukaku. Dikhabarkan bahawa beliau akan berpindah ke Fulham secara pinjaman satu musim namun hari ini ejen beliau telah membuat kenyataan bahawa Lukaku sebenarnya tidak akan dipinjamkan ke Fulham tetapi akan ke kelab liga inggeris yang lain. untuk tahu kelab mane, kita tunggu pengumuman seterusnya...