BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 13, 2012

Chelsea Hilang Piala Pertama

Perlawanan merebut piala 'Community Shield' antara Chelsea Dan Manchester City talah dimenangi oleh pasukan Manchester City. Perlawanan yang sengit dengan Man City menang dengan jaringan 3 berbalas 2.

Jaringan pembukaan perlawanan dijaringkan oleh Fernando Torres pada minit ke-40. Gol penyamaan pasukan Man City pula dijaringkan oleh Yaya Toure pada minit ke-53.

Berselang 6 minit kemudian Man City menambah satu lagi jaringan hasil sepakan padu Carlos Tevez. Gol ketiga Man City pula dijaringkan oleh Samir Nasri pada minit ke-65. Chelsea mendapat gol kedua pada minit ke-80 hasil jaringan Ryan Bertrand selepas penjaga gol Man City tidak berjaya menangkap kemas sepakan Daniel Sturridge.

Selepas tamat perlawanan, Mancity membawa pulang piala yang amat diidamkan setelah sekian lama menanti. Tahniah buat Man City dan peminat mereka.

Sunday, August 12, 2012

Malam ini bakal bermula musim bola sepak yang ditunggu-tunggu

Selamat berhari minggu admin ucapkan kepada semua peminat Chelsea hari ini. Adakah anda ingat hari apa hari ini?ape yang bakal berlaku hari ini? Kalau anda peminat sejati Chelsea FC pasti anda akan ingat yang hari ini akan berlangsungnya perlawanan 'Community Shield' antara Chelsea dan Manchester City.

Perlawanan akan berlangsung pada jam 8.30 malam dan boleh ditonton di channel 817 Astro Supersport 3. Admin juga akan cuba untuk memberikan link streaming 30 minit sebelum perlawanan bermula bagi mereka yang tidak dapat lihat di Astro.

Link : streaming 1Chelsea VS Man City



Saturday, August 11, 2012

Semuanya Terjawab Sudah

Kini telah diumumkan bahawa penyerang muda Chelsea Romelu Lukaku akan dipinjamkan ke West Brom sepanjang musim ini. Menurut pengurus West Brom, Steve Clarke, beliau sangat mengalu-alukan kedatangan Lukaku ke dalam pasukan beliau pada musim akan datang. Lukaku akan mendapat peluang bermain dalam kesebelasan utama lebih banyak pada musim akan datang.

Lukaku akan menyarung jersi bernombor 20 dan tidak akan diturunkan sewaktu perlawanan persahabatan antara West Brom dan Nottingham Forest. Lukaku yang menjadi rebutan kelab-kelab di England untuk pinjaman telah memilih West Brom dan ini dapat sedikit sebanyak membantu West Brom dalam menghadapi musim hadapan.

Lukaku Tidak Ke Fulham?

Baru-baru ini kita dihujani pelbagai kisah mengenai penyerang muda Chelsea yang dikatakan pengganti Drogba iaitu Romelu Lukaku. Dikhabarkan bahawa beliau akan berpindah ke Fulham secara pinjaman satu musim namun hari ini ejen beliau telah membuat kenyataan bahawa Lukaku sebenarnya tidak akan dipinjamkan ke Fulham tetapi akan ke kelab liga inggeris yang lain. untuk tahu kelab mane, kita tunggu pengumuman seterusnya...

Saturday, August 4, 2012

Bermulanya Musim Baru

Alhamdulillah dengan berkat kesabaran dan keinginan untuk memberikan maklumat memgenai kelab bolasepak Chelse yang kita cintai. Admin akan cuba untuk membekalkan maklumat dan berita terbaru mengenai pasukan Chelsea kepada peminat di luar sana.